Mitos
Pemakanan Sihat
Seperti
yang anda sudah
ketahui, kekurangan nutrien boleh menjejaskan kesihatan dan kecergasan
badan. Walaupun amalan pemakanan sihat sangat penting, terdapat mitos
yang boleh menjejaskan kesihatan anda jika anda mempercayainya.
Berikut adalah mitos mengenai pemakanan sihat:
1. Bersenam dengan perut kosong.
Jika perut anda
berkeroncong, ia cuba memberitahu anda sesuatu. Jika anda tidak
menghiraukannya, anda memaksa badan anda bekerja tanpa bahan bakar.
Sebelum bersenam atau melakukan apa-apa aktiviti fizikal, pastikan anda
mengambil makanan ringan terlebih dahulu seperti sebiji epal.
2. Bergantung kepada biskut dan minuman tenaga.
Walaupun elok mengambilnya sekali sekala, ia tidak membekalkan
antioksidan yang anda perlukan untuk menghalang penyakit. Lebih baik
anda bergantung kepada buah-buahan dan sayur-sayuran memandangkan ia
penuh dengan vitamin, mineral, cecair dan serat.
3. Tidak mengambil sarapan pagi.
Tidak mengambil sarapan bukan idea yang bagus memandangkan sarapan
pagi memulakan hari anda. Badan anda memerlukan bahan bakar secepat
mungkin, dan tanpanya, anda akan berlapar hingga ke tengahari.
4. Diet rendah karbohidrat.
Badan anda memerlukan karbohidrat untuk otot dan juga penyimpanan
tenaga.
5. Makan apa saja yang anda mahu.
Pemakanan sihat dan bersenam tidak memberi anda lesen untuk memakan
apa saja yang anda mahu. Kita semua memerlukan nutrien yang sama, sama
ada kita bersenam atau tidak.
6. Kalori tidak mencukupi
Walaupun menurunkan berat badan melibatkan kalori, kehilangan secara
mendadak adalah merbahaya. Apa yang perlu dilakukan adalah mensasarkan
untuk menurunkan 1 – 2 paun seminggu. Pastikan
anda mendapat kalori yang cukup untuk membolehkan badan anda berfungsi
dengan sempurna.
7. Kurang minum.
Air, susu dan jus adalah minuman terbaik untuk mereka yang aktif. Anda
perlu kerap minum dan tidak menunggu dahaga. Apabila anda merasa
dahaga, badan anda sudah merasa kesan kekurangan air.
Menukar cara anda makan adalah langkah penting ke arah pemakanan sihat
dan ia akan memberi kesan ke atas kesihatan anda. Semakin sihat
pemakanan anda, semakin sihat badan anda. Tidak kira berapa umur anda,
pemakanan sihat merupakan sesuatu yang perlu anda utamakan. Jika anda
memberi peluang kepada pemakanan sihat, anda segera akan melihat
bagaimana ia mengubah kehidupan
anda – kepada
yang
lebih baik.
Welcome To My Team Al-Insaan Malaysia
Sertai kami untuk mendapat kelebihan sebagai pengguna pruduk Al-Insaan terhebat ini. Insaan Gamat Asli, Insaan Spirulina Plus, Insaan Noni Extract, Insaan Dermi8, Insaan Enzy8, Insaan Shape8, Insaan Cryo-Bac 1-6-3, Sure Men, Insaan Puteri Emas + Manjakani, Insaaan Elemenz Pendants
Tuesday, February 7, 2017
Adakah
Anda Masih Ingin Merokok?
Seperti 80% perokok yang lain, anda mungkin telah mencuba beberapa kali untuk berhenti merokok tetapi tidak berjaya. Apakah ianya terlalu lewat untuk anda berhenti? Jawapannya sudah tentu tidak.
Jika anda berhenti merokok pada umur 60 atau 80 sekalipun, masih banyak kesan buruk akibat merokok yang dapat dihentikan. Atau mungkin anda tergolong dalam 46% perokok dewasa yang tidak percaya merokok boleh membahayakan kesihatan atau pun tiada faedahnya jika anda berhenti sekarang, sudah terlewat. Jika anda tergolong dalam kumpulan ini, renungi fakta berikut:
Antara kesan yang sangat merbahaya ialah osteoporosis, retak pinggul, katarak, kencing manis, kehilangan gigi dan emfisema.
Di Amerika, setiap tahun sejumlah 400,000 orang meninggal dunia atas sebab yang ada kena mengena dengan merokok. 50% dari kematian tersebut disebabkan penyakit kardiovaskular dan 30% lagi oleh kanser paru-paru. Merokok membahayakan jantung anda, jika anda berhenti merokok, risiko mendapat serangan jantung menurun sebanyak 50% dalam masa setahun. Merokok juga berada di tangga teratas dalam senarai penyebab kanser.
Merokok adalah ketagihan, mudah dan jelas. Jangan salahkan diri anda jika anda telah beberapa kali cuba untuk berhenti tetapi gagal. Kandungan utama tembakau ialah nikotin dan ia merupakan dadah yang paling kuat menyebabkan ketagihan.
Adakah tiada harapan lagi? Tidak. Ramai yang telah berjaya berhenti dan anda pun boleh, jika anda mahu.
Jika anda mahu berhenti, disenaraikan beberapa cara untuk membantu anda.
Tetapkan tarikh dan patuhinya. Para pakar melaporkan bahawa mereka yang menetapkan tarikh mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk berjaya.
Elakkan dari mendapat tekanan. Banyak petua yang boleh diamalkan untuk mengurangkan tekanan.
Berhenti terus. Kalau anda ikut cara ini, anda mungkin akan mengalami sindrom tarikan untuk selama seminggu hingga 10 hari tetapi anda akan melepasi halangan.
Buang kesemuanya. Pada hari yang ditetapkan, buang semua rokok, termasuk yang tersembunyi di mana-mana. Buang pemetik api, mancis dan tempat habuk rokok.
Bersedia untuk melawan keinginan untuk merokok. Semasa anda melalui sindrom tarikan, anda mungkin mengalami gejala berikut: masalah perut, sukar memberi tumpuan, mengantuk, susah untuk tidur dan mudah marah.
Anda boleh berhenti secara beransur-ansur. Sebaik saja nikotin telah dinyah keluar dari tubuh anda, gejala sindrom tarikan akan hilang sedikit demi sedikit. Ada kemungkinan ianya tidak hilang kesemuanya kerana satu tidak pernah cukup. Jika anda merokok sebatang anda ingin sedozen ataupun lebih.
Petua untuk membantu anda:
Anda mungkin tidak kisah dengan kesihatan atau nyawa anda, tetapi pertimbangkan kesihatan dan nyawa orang yang anda sayangi. Adakah mereka akan memaafkan anda jika mereka mendapat kesan buruk dari asap rokok yang dihembus keluar oleh anda. Renung renungkanlah.

- Dalam masa lapan jam selepas berhenti merokok, kadar denyutan nadi dan tekanan darah turun dan paras oksigen dalam badan anda akan naik.
- Dalam tempoh 24 jam selepas berhenti, risiko serangan jantung menurun.
- Selepas sebulan, peredaran darah bertambah baik, tenaga anda bertam- bah dan fungsi paru-apru anda meningkat sebanyak 30%.
- Selepas setahun, risiko anda mendapat penyakit jantung menurun sebanyak 50% jika dibanding dengan mereka yang terus merokok.
- Selepas 5 tahun, risiko anda mendapat strok mula menurun.
- Selepas 10 tahun, kemungkinan anda mendapat kanser paru-paru adalah sama dengan mereka yang tidak pernah merokok.
Antara kesan yang sangat merbahaya ialah osteoporosis, retak pinggul, katarak, kencing manis, kehilangan gigi dan emfisema.
Di Amerika, setiap tahun sejumlah 400,000 orang meninggal dunia atas sebab yang ada kena mengena dengan merokok. 50% dari kematian tersebut disebabkan penyakit kardiovaskular dan 30% lagi oleh kanser paru-paru. Merokok membahayakan jantung anda, jika anda berhenti merokok, risiko mendapat serangan jantung menurun sebanyak 50% dalam masa setahun. Merokok juga berada di tangga teratas dalam senarai penyebab kanser.
Merokok adalah ketagihan, mudah dan jelas. Jangan salahkan diri anda jika anda telah beberapa kali cuba untuk berhenti tetapi gagal. Kandungan utama tembakau ialah nikotin dan ia merupakan dadah yang paling kuat menyebabkan ketagihan.
Adakah tiada harapan lagi? Tidak. Ramai yang telah berjaya berhenti dan anda pun boleh, jika anda mahu.
Jika anda mahu berhenti, disenaraikan beberapa cara untuk membantu anda.
Tetapkan tarikh dan patuhinya. Para pakar melaporkan bahawa mereka yang menetapkan tarikh mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk berjaya.
Elakkan dari mendapat tekanan. Banyak petua yang boleh diamalkan untuk mengurangkan tekanan.
Berhenti terus. Kalau anda ikut cara ini, anda mungkin akan mengalami sindrom tarikan untuk selama seminggu hingga 10 hari tetapi anda akan melepasi halangan.
Buang kesemuanya. Pada hari yang ditetapkan, buang semua rokok, termasuk yang tersembunyi di mana-mana. Buang pemetik api, mancis dan tempat habuk rokok.
Bersedia untuk melawan keinginan untuk merokok. Semasa anda melalui sindrom tarikan, anda mungkin mengalami gejala berikut: masalah perut, sukar memberi tumpuan, mengantuk, susah untuk tidur dan mudah marah.
Anda boleh berhenti secara beransur-ansur. Sebaik saja nikotin telah dinyah keluar dari tubuh anda, gejala sindrom tarikan akan hilang sedikit demi sedikit. Ada kemungkinan ianya tidak hilang kesemuanya kerana satu tidak pernah cukup. Jika anda merokok sebatang anda ingin sedozen ataupun lebih.
Petua untuk membantu anda:
- Tukar kebiasaan anda.
- Elakkan tekanan. Elakkan bekerja hingga lewat hari
- Jauhkan diri dari perokok
- Berikan kata-kata semangat kepada diri anda setiap hari
- Buat janji dan memberi ganjaran kepada diri anda
- Menyimpan duit rokok
- Curi masa – lambat-lambatkan menyalakan rokok
- Minum air secukupnya
- Kurangkan minuman yang mengandungi kafein
- Bersarapan pagi
Anda mungkin tidak kisah dengan kesihatan atau nyawa anda, tetapi pertimbangkan kesihatan dan nyawa orang yang anda sayangi. Adakah mereka akan memaafkan anda jika mereka mendapat kesan buruk dari asap rokok yang dihembus keluar oleh anda. Renung renungkanlah.
Subscribe to:
Posts (Atom)